Cuti Sekolah Pertengahan Tahun 2009

Musim cuti sekolah kembali lagi. Yang pastinya anak-anaklah insan yang paling happy bila cuti sekolah bermula. Almaklumlah mereka tak susah-susah mengalas beg pergi sekolah setiap pagi lagi. Tambahan pula Peperiksaan Pertengahan Tahun baru sahaja berakhir. Ini menambahkan mereka begitu teruja untuk menikmati dan menghayati musim cuti ini.
Bagi insan guru pula, ada yang sudah pulang ke kampung halaman untuk berjumpa kedua ibu bapa dan sanak saudara setelah sekian lama tidak berjumpa mata demi tugas dan tanggungjawab. Malah ada juga yang terpaksa menghadiri kursus dalam musim cuti sekolah ini. Apa pun aktiviti yang dilakukan biarlah berfaedah dan berkualiti. Jangan membazir masa dan peluang yang diberikan oleh Yang Maha Berkuasa kepada kita.
Manakala para ibu bapa pula dinasihatkan supaya awasi dan prihatin terhadap keselamatan anak-anak. Kemalangan sering terjadi dan meningkat pada musim cuti sekolah ini yang melibatkan kanak-kanak kerana segala aktiviti yang dilakukan secara tidak terancang dan di luar kawalan.
Pada masa cuti ini juga, beberapa acar berlangsung. Kepada semua guru-guru baru yang yang menginjakkan kaki ke SMK Bandar Banting tahun ini, Guru GSTT, Guru Praktikum dan Guru ROS. Cuti ini mereka dikehendaki hadir kesekolah membantu Cikgu Faizal dan Cikgu Madzani melakukan Inventori dan Mengemaskini maklumat Inventori dan Harta Modal.
Ada juga cikgu-cikgu yang akan melangsungkan perkahwinan pada musim cuti ini. Cikgu Ispaini Salim akan mengakhiri zaman bujangnya pada 14 Jun ini. Kepada Cikgu Ispaini, Sekolah mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU.
Last Updated ( Monday, 23 November 2009 03:23 )








