Google
Home

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

Makluman

 

 SMK BANDAR BANTING

 PROGRAM

 “SEHARI BERSAMA SASTERAWAN” 

 

TARIKH           : 30 JULAI 2010

MASA             : 8.30 – 11.30 PAGI

TEMPAT         : SMK BANDAR BANTING

 

KATA ALU-ALUAN

 

Alhamdullillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya, “ Program Sehari Bersama Sasterawan” telah dapat dilaksanakan mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Program ini telah dilaksanakan pada 30 Julai 2010 yang bertempat di Bilik Mokthar dan Bilik Adzis. Peserta program terdiri daripada pelajar 5 Sains 1, 5 Sains 2, 4 Sains 1 dan 4 Akaun 1 dengan semua  kerjasama pihak pentadbir dan guru-guru Bahasa Melayu 

ATURCARA MAJLIS

8.00 pagi   : Pendaftaran

8.30 pagi   : Ketibaan Tetamu Kehormat

8.40 pagi   : Jamuan

9.00 pagi   :  Slot 1 : Ceramah (Tuan Haji Mohd Jaluli B. A. Rahman)                      

                            Slot 2 : Diskusi (En. Shukri B. Mohd Arif)

11.30 pagi  : Majlis bersurai  

 

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup
Education Topsites List